Tips Penggayaan Handbeg!

Written by AZWAR SYUHADA BINTI JAMIL
Bila bercakap perihal handbag mahupun beg tangan, pasti kita dah terbayang mak or kakak-kakak kita bergaya keluar mengenakan beg tangan yang pelbagai rupa kan? Aku pula memang spesis yang tak berapa nak ambil tahu akan keluaran beg tangan yang berjenama di pasaran. Asal cantik dan selesa digayakan, itu lah yang aku pakai selama mungkin.
Handbag memainkan peranan penting bagi kaum wanita kerana ianya menggambarkan personaliti seseorang. Ada yang suka mengayakan handbag sedondon dengan pakaian dari atas sampai bawah supaya “matching” dan mengayakannya mengikut kontra sut baju. Aku pula lebih selesa memilih handbag simple yang menawarkan ruang yang luas, cukup untuk mengisi keperluan harian seperti buku nota dan pen dengan mudah. Pemilihan beg haruslah menepati gaya hidup, bajet dan juga kegunaannya, kan? Jangan sesekali melabur wang mengikut kehendak dan keingingan semata-mata.
Oleh itu, saya kongsikan beberapa tips berguna bagi membantu pembaca wanita (dan juga lelaki) membuat pilihan yang lebih bijak.
Simple
Biarkan handbag itu tampak “simple” tapi menarik pada pandangan mata. Orang kata biar murah asal nampak mahal, jangan mahal tapi tampak seperti beli di kaki 5.
Ruang dalaman yang luas
Harus pastikan ruang dalaman dalam handbag mempunyai ruang yang luas. Memandangkan aku seorang yang suka membawa bebanan yang banyak dalam handbag. Tisu, perfume, dompet, gincu dan macam-macam lagilah nak disumbatkan.
Tahan lasak
Agak-agak korang handbag yang aku pakai ini dah berusia berapa tahun? Kalau nak tahu, handbag yang aku pakai ini dah hampir mencecah 5 tahun jugalah aku guna pakai ke sana ke mari. Boleh bilang dengan jari berapa kerat sahajalah handbag yang aku ada. Paling aku suka yang ini, tak pernah sekali ia mengecewakan aku. Masuk hutan, nak libas orang still elok lagi.
Harga yang berpatutan
Bercakap soal harga, pilihlah handbag mengikut kemampuan kita sendiri. Seandainya kita anak jutawan bolehlah kita berbelanja handbag berjenama “COACH” original setiap bulan. Andai kata, dari keluarga tak berapa nak berada dan duit gaji pun tak seberapa beli sahajalah handbag jenama “ALDO” pun okay juga. Bak kata orang, yang murah tidak semestinya tidak berkualiti. Kalau kena cara penggayaannya yang biasa-biasa boleh menandingi jenama jutaan ringgit! Tak percaya? Cubalah!
p/s: Dengar-dengar handbag di Sogo tak kurang hebatnya. Apa tunggu lagi, jom berbelanja di SOGO!
We love good beauty tips! If you think you have a way with words and are well insightful in the department, share with us your best beauty secret for a chance to be rewarded with RM200 SOGO Gift Card. More info available here
Leave a Comment